by Oh! Semput
Hari ini, Google telah mengeluarkan sebuah laporan mengenai penggunaan teknologi kecerdasan buatan Google Gemini di Asia Tenggara, dan ia sedikit sebanyak memperlihatkan bagaimana Asia Tenggara merupakan salah satu rantau yang memperlihatkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan yang paling pesat di dunia.
Ada satu lagi butiran menarik yang terkandung di dalam laporan ini, iaitu rakyat Malaysia sangat suka menggunakan Google Gemini, khususnya perkhidmatan janaan imej AI Nano Banana untuk menjana imej setiap hari. Menurut laporan tersebut, satu daripada lima pengguna Google Gemini di Malaysia menggunakannya untuk menjana imej, dan menurut laporan tersebut, ini adalah angka yang tertinggi di Asia Tenggara sejak ia dilancarkan pada tahun lepas.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan khususnya apabila kita dapat melihat banyak poster yang dijana kecerdasan buatan hari ini di sekeliling kita, bukan sahaja untuk suka-suka, tetapi digunakan oleh perniagaan-perniagaan tempatan dan juga agensi-agensi kerajaan.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana penggunaan Google Gemini semakin berkembang di Asia Tenggara, anda boleh membaca laporan tersebut di pautan di bawah.