Rakyat Malaysia Maut Selepas Terbabit Dalam Pergaduhan Berkumpulan di Korea

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 27 Jul 2026 04:31:29

Seorang rakyat Malaysia maut selepas dipercayai ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan yang melibatkan beberapa warga asing di Daeso-eup, Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat ditikam menggunakan sebilah pisau sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Pihak berkuasa Korea Selatan memaklumkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 40-an telah ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki menjadi individu yang menyerang mangsa. Suspek dipercayai melarikan diri ke sebuah kediaman berhampiran sejurus insiden berlaku, namun berjaya diberkas polis kira-kira sejam kemudian.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan yang tercetus antara dua kumpulan warga asing di sebuah jalan di Daeso-eup, dengan kira-kira 10 individu dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan. Ketika pergaduhan memuncak, suspek didakwa mengeluarkan pisau sebelum menikam mangsa.

Selain seorang yang maut, seorang lagi individu turut cedera dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan, manakala beberapa individu lain sedang dikenal pasti untuk membantu siasatan.

Polis Eumseong kini sedang mengumpulkan keterangan daripada suspek, saksi dan individu yang berada di lokasi kejadian selain meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti punca sebenar pergaduhan serta peranan setiap individu yang terbabit.

Kes berkenaan disiasat mengikut undang-undang jenayah Korea Selatan, manakala pihak berkuasa negara itu dijangka meneruskan siasatan bagi menentukan motif sebenar kejadian sebelum tindakan undang-undang selanjutnya diambil terhadap suspek.

Rakyat Malaysia Maut Selepas Terbabit Dalam Pergaduhan Berkumpulan di Korea first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts