Rakyat Pahang Di Daerah Kuantan Dan Rompin, Diseru Supaya Berwaspada Dan Ambil Langkah Berjaga-Jaga Susulan Keadaan Jerebu

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 12 Oct 2026 16:30:24

KUANTAN: Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan menasihatkan orang ramai mengurangkan aktiviti di luar rumah, mematuhi nasihat pihak berkuasa serta mengelakkan pembakaran terbuka.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya memakai pelitup separuh muka ketika berada di luar rumah.

“Golongan berisiko tinggi termasuk kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan perlu diberikan perhatian khusus,” menurut kenyataan itu.

Ibu bapa, majikan dan penganjur program juga diminta mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tidak sihat.

Dalam pada itu, Datuk Seri Wan Rosdy mengambil maklum keputusan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang untuk menutup sementara institusi pendidikan di daerah Rompin dan Kuantan pada 13 Oktober susulan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan berkenaan.

Kerajaan Negeri Pahang akan terus memantau perkembangan semasa bersama agensi berkaitan bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat. #BeritaRTM

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts