Nia Ramadhani Enggan Anak-Anak Ikut Jejaknya

by Oh! Semput


8
SHARES
99
VIEWS
Posted on 17 May 2017 20:01:51

nia ramadhani enggan anak anak ikut jejaknya 1

Kredit foto: Instagram Nia Ramadhani


Tidak seperti kebanyakan selebriti lain, aktres Nia Ramadhani memilih untuk tidak mendedahkan anak-anaknya kepada kerjaya dalam dunia hiburan.

Kata Nia, dia mengambil keputusan tersebut kerana tidak mahu membebankan anak-anaknya yang masih kecil.

nia ramadhani enggan anak anak ikut jejaknya 2

Kredit foto: Instagram Nia Ramadhani


"Saya tidak mahu anak-anak saya terlibat dengan industri hiburan buat masa sekarang kerana usia mereka masih muda. Saya juga tidak mahu bebankan mereka dengan kerja ketika masih kecil. Saya ada menerima banyak tawaran untuk mereka menjayakan iklan televisyen namun saya menolaknya. Ada juga penerbit yang inginkan mereka berlakon tetapi saya dan suami menolak tawaran mereka," ujar Nia yang dipetik daripada laporan DetikHot.com.

Nia Ramadhani mendirikan rumah tangga bersama Adriansyah Bakrie pada tahun 2010. Sehingga kini, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mikhayla Zalinda Bakrie, Mainaka Zainati Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.

nia ramadhani enggan anak anak ikut jejaknya 3

Kredit foto: Instagram Nia Ramadhani

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts