by Oh! Semput
Ucapan tulus Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sewaktu majlis pertunangannya dengan selebriti terkenal, Bella Astillah telah membuatkan ramai peminat sebak apabila menyifatkan ahli politik tersebut sebagai lelaki ‘green flag’.
Menerusi ucapannya, Syed Saddiq menepis segala tohmahan yang dilemparkan sesetengah pihak kepada bakal isterinya termasuk memaklumkan dirinya jatuh hati disebabkan kedua anak-anak selebriti terbabit.

Dalam ucapan tersebut, beliau berulang kali menyatakan faktor utama hatinya terbuka untuk memulakan langkah menyunting Bella adalah disebabkan sikap baik yang ditunjukkan.
Jelas Syed Saddiq, Bella seorang wanita yang sangat baik, bukan hanya kepada beliau dan keluarga tetapi kepada orang-orang yang baru dikenali.

Beliau turut menyatakan anak-anak Bella turut menjadi faktor utama dirinya jatuh hati dengan wanita istimewa itu kerana melihat didikan yang cukup sempurna dari seorang ibu.
Ucapan tersebut membuatkan para peminat ‘cair’ dan merasakan tindakan Syed Saddiq merupakan kenyataan yang dibuat untuk menutup mulut pihak-pihak yang merendahkan Bella sebelum ini.




Pasangan ini mulai rapat sekitar tahun 2024 apabila kerap bekerjasama dalam menjayakan beberapa projek mempromosikan produk.
Hubungan mereka telah mendapat ‘restu’ daripada keluarga dan juga peminat yang sentiasa mendoakan supaya kebahagiaan mereka berkekalan hingga ke alam perkahwinan.
Pada Sabrtu 28 Mac 2026, mereka telah mengikat tali pertunangan dengan Syed Saddiq memberikan lima dulang hantaran bertemakan masa hadapan dan dibalas tujuh dulang daripada pihak Bella Astillah.
: Threads bgbamextisha