Ramai Pengguna GrokBot Kehabisan Kuota Lebih Awal – Elon Musk Mengatakan Kos Grok Bot Sangat Tinggi Berbanding Pendapatan

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 02 Nov 2026 14:00:56

Pada hari ini, ramai pengguna Grok Bot mengadu yang mana mereka mencapai tahap had dengan sangat pantas – jauh berkali ganda lebih laju berbanding sebelum ini. Beberapa pengguna yang telah mencapai had 100% perlu menunggu sehingga had ditetapkan semula pada minggu seterusnya, atau perlu menaik-taraf pelan mereka.

Buat masa ini, pihak SpaceXSI tidak menyatakan sama ada mereka telah mengurangkan had penggunaan untuk pelanggan atau apakah yang membawa kepada perubahan ini.

Menjawab persoalan pengguna juga, Elon Musk menyatakan yang mana kos operasi untuk Grok Bot sangat tinggi jikalau berbanding dengan pendapatan melaluinya. Perkara ini juga dilihat tidak begitu baik untuk syarikat. Ia tidak diketahui lagi sama ada syarikat kecerdasan buatan lain turut akan mula mengambil langkah drastik mengehadkan penggunaan dalam menangani kos perkomputeran dan pemprosesan yang sangat tinggi untuk kecerdasan buatan janaan ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts