by Oh! Semput

AYAI.
SHAH ALAM: Atas faktor persembahan konsisten setiap minggu mendorong juara musim pertama Gegar Vaganza (GV), Ayai meramalkan Azharina bakal diangkat sebagai pemenang edisi ketiga program realiti itu.
Namun, Ayai berkata, semua enam finalis mempunyai peluang cerah untuk muncul juara.
“Bagi saya, Azharina, Zarul dan Siti Sarah mampu muncul juara. Tiga nama ini ada kelebihan tersendiri.
“Kalau tanya hati saya, Siti Sarah juga boleh jadi juara,” katanya kepada BH Online.
Dua lagi bekas peserta GV iaitu Haiza dan Ifa Raziah juga bersetuju persaingan peserta akhir GV3 sengit.
Mereka bagaimanapun meramalkan Azharina sebagai finalis yang berpeluang cerah menjadi juara.
“Intan Sarafina dan Zarul juga ada peluang menjadi juara. Saya akui persaingan sangat sengit,” kata Haiza.
Bagi Ifa, Ameng mampu membuat kejutan berdasarkan persembahan mantapnya saban minggu.
“Saya juga melihat Siti Sarah mampu memberi persembahan yang baik,” katanya.
Malam ini, GV3 bakal disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Program realiti ini disiarkan Astro Ria dan Maya HD pada jam 9 malam.
GV3 diadili sepenuhnya juri profesional Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim dan juri jemputan.
Category: Hiburan