Rampas Mainan, Presiden Venezuela Digelar ‘The Grinch’

by Oh! Semput


2
SHARES
22
VIEWS
Posted on 12 Dec 2016 11:01:09

CARACAS (Venezuela): Pihak berkuasa Venezuela telah merampas hampir 4 juta mainan daripada sebuah pengedar permainan yang dipercayai merancang untuk menjual kesemuanya pada harga rendah semasa musim perayaan Krismas.

Sabtu lalu, badan perlindungan pengguna pada awalnya berkata bahawa mereka telah merampas 4.8 juta unit, namun jumlahnya telah ditukar kepada 3.821 juta pada Ahad.

Rampasan itu mengakibatkan ramai keluarga yang tidak mampu membeli hadiah Krismas untuk anak-anak mereka, sekaligus menyebabkan kritik menyamakan kerajaan dengan watak ‘The Grinch Yang Mencuri Krismas”.

Ketua agensi berkenaan William Conteras menolak dakwaan itu dengan mengatakan bahawa para eksekutif di syarikat pengedaran permainan Kreisel-Venezuela sebenarnya,“Tidak peduli tentang hak kanak-kanak untuk menyambut Krismas dengan penuh keriangan.”

Rampas Mainan, Presiden Venezuela Digelar 'The Grinch'Pengawal keselamatan nasional Venezuela sedang berdiri di hadapan ribuan kotak yang mengandungi hampir 4 juta alat permainan. foto: Getty Images.

Presiden negara tersebut Nicolás Maduro juga tidak terlepas daripada diejek sebagai Grinch kerana membenarkan rampasan jutaan unit permainan itu.

Katanya kepada wartawan,“Mereka kata kami ‘mencuri’ permainan daripada syarikat tersebut, namun syarikat itu sebenarnya telah melakukan penipuan terhadap negara kita.”

Seterusnya, pihak kerajaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kesemua mainan yang dirampas itu kini boleh dimiliki oleh keluarga yang tinggal di kawasan kejiranan miskin pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Operasi besar-besaran itu dijalankan bermula Khamis lalu, namun para pegawai penguatkuasa undang-undang masih berada di gudang berkenaan sehingga hari Sabtu minggu lalu.

Dua suspek dalang kes itu juga turut ditahan.

Sementara itu, pihak kerajaan menyatakan bahawa sebahagian permainan yang dirampas itu sebenarnya telah dibeli oleh Kriesel sejak tahun 2008 dan berada dalam gudang simpanan untuk dijual pada harga yang boleh mencecah 25,000%.

Dalam undang-undang kerajaan sosialis Venezuela, akat permainan kanak-kanak termasuk di dalam senarai barangan yang harganya dikawal ketat dan hanya boleh dijual pada harga yang dipersetujui kerajaan.-MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts