Rasmi, AS Kini Gantikan AI Kepada ‘SI’

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 30 Sep 2026 11:00:13

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat pada hari ini telah mengeluarkan perintah eksekutif baharu dengan “Merasmikan Era Super Intelligence” (“Inaugurating the Era of Super Intelligence”), sekali gus mengisytiharkan penjenamaan semula teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kepada Kecerdasan Super (SI).

Menerusi perintah ini, semua agensi persekutuan AS diwajibkan menggantikan istilah “Artificial Intelligence (AI)” kepada “Super Intelligence (SI)” dalam komunikasi dan dokumen rasmi kerajaan.

Dalam kenyataan rasmi, Pentadbiran AS berkata langkah penjenamaan semula ini bertujuan mencerminkan era baharu keupayaan teknologi yang melebihi skop AI tradisional.

 

“Istilah yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan harus mencerminkan keupayaan transformatif teknologi ini dan peluang tanpa had yang mereka cipta untuk rakyat Amerika. Sehubungan itu, istilah “Kecerdasan Super” lebih sesuai menangkap janji, potensi dan keupayaan teknologi ini yang semakin pesat.”

Pentadbiran AS menyifatkan Super Intelligence sebagai domain teknologi utama yang memperkasakan kreativiti serta inovasi manusia secara lebih komprehensif.

Menerusi arahan tersebut, Pembantu Presiden bagi Sains dan Teknologi diberikan tempoh 60 hari untuk mengemukakan cadangan bahasa perundangan rasmi bagi mendefinisikan istilah “Super Intelligence“.

Cadangan ini juga merangkumi syor untuk mengemas kini rujukan statutori sedia ada daripada AI kepada SI.

Meskipun penggunaan istilah baharu ini diwajibkan dalam semua laporan dan komunikasi rasmi persekutuan, dokumen bersejarah serta undang-undang sedia ada tidak akan diubah.

{suggest}

Rasmi, AS Kini Gantikan AI Kepada ‘SI’ WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts