by Oh! Semput
Oppo telah melancarkan siri mercu terbaharu Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia. Kedua-dua peranti ini hadir dengan spesifikasi premium serta sistem kamera dipertingkatkan bagi menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih berkualiti.


Oppo Find X10 Pro Max dilengkapi skrin LTPO AMOLED 6.78″ dengan kadar segar semula 144Hz dan sokongan BT.2020 10-bit Color Depth. Ia turut menawarkan kecerahan puncak 3,600 nits bersama teknologi 3,840Hz PWM Dimming dan Dolby Vision. Ini dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 9600 Pro bersama memori 16GB RAM dan storan 1TB UFS 4.0. Peranti turut menjalankan ColorOS 17 baharu berasaskan Android 17 yang membawakan pelbagai ciri AI baharu termasuk integrasi Manus sebagai ejen AI.


Sistem kameranya terdiri daripada sensor utama Samsung ISOCELL HPC 200MP dengan lensa 24mm serta sokongan OIS. Ia turut dipadankan dengan kamera ultra lebar Samsung ISOCELL HP5 200MP dengan lensa 13mm yang menyokong jarak fokus minimum 4cm. Melengkapkan konfigurasi ini ialah kamera telefoto periskop Samsung ISOCELL HP5 200MP dengan lensa 70mm f/2.1 serta OIS.

Oppo turut mengetengahkan teknologi True Color Camera menerusi sensor khas 3.2MP Multispectral 24-channel bersama sistem pengimejan LUMO Imaging untuk menghasilkan warna yang lebih konsisten dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Bagi swafoto dan panggilan video, peranti ini dilengkapi kamera hadapan 50MP menggunakan sensor Samsung ISOCELL HP5.

Peranti ini turut dimuatkan dengan bateri 8,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W serta pengecasan nirwayar 50W. Ciri-ciri lain yang turut ditawarkan termasuk sokongan dwi-SIM, NFC, Bluetooth 6.2, Wi-Fi 7, sistem empat mikrofon dan pengimbas cap jari ultrasonik 3D terbina dalam skrin.


Oppo Find X10 menggunakan skrin 6.59″ AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz Dolby Vision dan teknologi 3,840Hz PWM Dimming. Tunjang utama peranti ini mengugunakan cip MediaTek Dimensity 9600M bersama memori 12GB RAM serta storan dalaman 512GB UFS 4.1. Ia turut menjalankan ColorOS 17 berasaskan Android 17 yang membawakan pelbagai ciri AI baharu, termasuk integrasi Manus sebagai ejen AI.

Sistem kamera peranti ini menggunakan kamera utama Samsung ISOCELL HPE 200MP OIS + ultra lebar Samsung ISOCELL JN5 50MP + telefoto Samsung ISOCELL HP5 200MP. Oppo turut mengetengahkan teknologi True Color Camera menerusi lensa khas 24-channel 3.2M Multispectral Pixels bagi menghasilkan warna yang lebih hampir kepada penglihatan mata manusia. Melengkapi kesemuanya adalah kamera swafoto 50MP Samsung ISOCELL JN5.

Peranti inj turut dimuatkan dengan bateri silikon-karbon berkapasiti 8000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 80W dan nirwayar 50W AIRVOOC. Lain-lain spesifikasi termasuk sokongan dwi-SIM, NFC, Bluetooth 6.2, USB 3.2 Gen 1, Wi-Fi 7 dan sistem tiga mikrofon.



Oppo Find X10 dijual pada harga RM4,999 manakala Find X10 Pro Max boleh didapati pada RM6,999. Pratempahan dibuka sehingga 29 Oktober dengan pelbagai ganjaran pelancaran bernilai sehingga RM4,771. Antaranya termasuk hadiah eksklusif, rebat tukar beli sehingga RM800 dan pelbagai promosi lain yang ditawarkan untuk tempoh terhad.