PMX AI Kini Rasmi, Rakyat Boleh Berinteraksi Dengan Avatar AI Anwar Ibrahim Di WhatsApp

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 18 Jul 2026 14:30:23

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini memperkenalkan PMX AI, iaitu avatar kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan orang ramai berinteraksi dengannya secara lebih mudah menerusi WhatsApp.

Anwar berkata orang ramai boleh berkongsi pandangan, kebimbangan dan aspirasi secara terus melalui avatar AI itu. Beliau turut mengajak rakyat menyertai inisiatif berkenaan bagi mewujudkan perbincangan yang lebih ‘segar’ demi negara dan masyarakat.

Malaysia dibina oleh cita, kudrat dan kekuatan rakyatnya yang rencam kaum dan budaya.

Justeru, melalui inisiatif dan ikhtiar yang terbentang, saya mahu terus mendengar dan menggarap harapan anak muda, pengorbanan oleh sekalian ibu bapa, warga emas serta suara rakyat mendambakan… pic.twitter.com/ATRMczo88P

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 18, 2026

Dalam video pelancarannya, Anwar menyifatkan PMX AI sebagai “kembar digital” yang diinspirasikan oleh nilai dan visinya. Menurut beliau, avatar itu diwujudkan sebagai saluran baharu untuk rakyat berkongsi pandangan dan meneroka idea.

Avatar AI tersebut boleh dihubungi menerusi WhatsApp di nombor +603 7885 0523.

Sebagai rujukan, PMX AI dilatih menggunakan ucapan, penulisan, dan rekod dasar kerajaan sepanjang pemerintahannya. Sistem ini juga sentiasa dikemas kini dengan kenyataan terbaharu bagi memastikan respons kekal relevan dan konsisten.

Selain itu, ia menggunakan teknologi agentic AI serta menyokong komunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, termasuk memahami dialek tempatan.

Sementara itu, syarikat teknologi Zetrix memaklumkan PMX AI dibangunkan sebagai agentic AI Avatar yang direka untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia secara langsung.

Congratulations to the Prime Minister of Malaysia @anwaribrahim , on the launch of PMX AI — his agentic AI Avatar created to serve Malaysians directly.

This is a powerful example of how trusted AI can make citizen engagement more accessible, scalable and available around the… https://t.co/Mdj8sORB9D

— Zetrix (@zetrix_official) July 18, 2026

Menurut syarikat itu, sistem berkenaan menggunakan infrastruktur kelayakan boleh disahkan (verifiable credential) berasaskan teknologi chain Zetrix bagi membantu mewujudkan identiti digital yang dipercayai serta menyokong interaksi AI yang lebih diyakini.

{suggest}

PMX AI Kini Rasmi, Rakyat Boleh Berinteraksi Dengan Avatar AI Anwar Ibrahim Di WhatsApp WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts