by Oh! Semput
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa rasuah di negara ini hanya boleh dibanteras melalui kepimpinan yang tegas dan kesungguhan politik tanpa kompromi, bukan sekadar bergantung pada penguatkuasaan undang-undang semata-mata.
Memetik laporan daripada Berita Harian, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengalaman selama 42 tahun dalam bidang penguatkuasaan dan pencegahan rasuah.

Azam turut menekankan bahawa kejayaan sesuatu sistem tidak ditentukan oleh undang-undang semata-mata, tetapi oleh kepimpinan yang mempunyai kesungguhan politik yang jelas, tegas, dan tidak berkompromi.
Beliau menjadikan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 yang dilancarkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai contoh langkah tegas, menyeluruh, dan proaktif bagi memperkukuh integriti, tatakelola baik serta reformasi pentadbiran negara.

Tegasnya, walaupun sistem dibina sebaik mana pun, tanpa kepimpinan yang kuat dan konsisten, usaha membanteras rasuah tetap akan gagal.
Azam menyatakan kepimpinan bukan satu pilihan, tetapi keperluan kritikal bagi memastikan tadbir urus, integriti, dan reformasi pentadbiran berada di landasan yang betul.
: Berita Harian (Ilah Hafiz Aziz)