by Oh! Semput

Penulis asal Rafidah Abdullah
Terapi Ozon?
Pesakit saya, 35 tahun, anak kecil 2 orang, masih bersekolah. Tak lalu makan, bacaan creatinine dah sampai 1500 (normal bawah 100umol/L). Mendesak pihak hospital & KWSP untuk membolehkan beliau keluarkan duit untuk pembiayaan ozon itu. Tak nak rawatan dialisis. Hanya nak rawatan ozon terapi, ketepikan rawatan hospital. Tiga bulan kemudian, beliau sudah tiada. Duit simpanan pun lenyap. Bayangkan keluarga beliau. Siapa yang tanggung isteri & anak-anak dia? Pengurus Ozon?
Seorang lagi, Makcik 60 tahun, lepas buat ozon kali kedua (dia bayar RM500 setiap sesi), terus muntah-muntah, tak lalu makan. Demam kuat, di kejar kan ke hospital. Jangkitan kuman, merebak ke buah pinggang. Daripada rosak sikit buah pinggang itu, disebabkan Kencing Manis, lagi teruk rosak nya. Nasib baik beliau cepat ke Hospital menerima antibiotik & rawatan. Kalau tidak, hanyut juga. Jangkitan kuman boleh membawa maut.
Staf saya, bapa saudara beliau kena Strok. Di Pantai Timur. Habis RM20,000 untuk ozon terapi. Sama saja, takde baik pun strok beliau.
Ada seorang MakCik yang meninggal dunia di Pusat Ozon terapi di selatan tanahair. Tahukah anda, Pusat-Pusat Ozon itu tiada afliasi dengan pihak ambulans atau pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau kecemasan, boleh bayang tak, siapa yang nak tolong anda?
Ini baru pengalaman saya seorang sahaja. Ramai lagi pengamal perubatan yang ada cerita, mesti punya.
Ozon terapi boleh diberi dengan pelbagai jenis. Yang dok sapu-sapu, pakai ultrasound, bau-bau ke, saya tak kisah sangat. JANGAN buat yang ada kena mengena dengan darah. Apa-apa yang (keluar dari badan dan) di masukkan balik ke badan kita terutama bersama-sama DARAH, itu namanya nak menganiaya diri sendiri. Memudharatkan, boleh membawa maut.
Saya mohon tolong jauhkan. Ye lah saya faham, operator business bising lah ye, macamana nak bayar ansuran kereta mewah tu, kan. Untuk jururawat & medical assistants, anda TIDAK boleh bekerja di mana-mana Pusat Ozon. Anda boleh ditarik balik lesen praktis anda.
Kalau baik terapi itu, lama dah saya letak di klinik saya. Mana ada Doktor yang tak nak pesakitnya sihat?
Nak tolong orang, mohon jangan fikir diri sendiri. Cukup-cukuplah menipu masyarakat.
#JanganKacauPesakitKronik
Rafidah Abdullah
Pakar Perubatan & Buah Pinggang
#MedTweetMY