Siri Redmi Note 17 Bakal Dilancarkan Pada 14 Julai 2026

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 08 Jul 2026 10:33:54

Xiaomi telah mengesahkan bahawa siri Redmi Note 17 akan dilancarkan di China pada 14 Julai 2026. Reka bentuk telefon pintar ini turut diperkenalkan kepada umum melalui beberapa imej promosi rasmi.

Menurut kenyataan eksekutif Xiaomi, peningkatan kos rantaian bekalan industri telah menyebabkan banyak peranti bajet terpaksa mengurangkan kualiti. Namun begitu, Redmi memilih untuk mengekalkan pengalaman kelas pertengahan tanpa mengorbankan spesifikasi. Oleh itu, Redmi Note 17 akan hadir dengan spesifikasi yang dipertingkatkan tetapi harga dikekalkan bagi memastikan nilai asasnya tidak terjejas.

Ini bermakna Xiaomi ingin menegaskan bahawa walaupun kos pengeluaran semakin meningkat, mereka berusaha mengekalkan kualiti telefon kelas pertengahan. Siri Redmi Note 17 akan menawarkan spesifikasi yang lebih baik berbanding model sebelumnya, namun harga akan kekal dalam julat biasa telefon kelas pertengahan. Hal ini kerana syarikat mahu mengekalkan nilai serta pengalaman pengguna yang konsisten.

siri Redmi Note 17 dijangka membawa peningkatan ketara berbanding generasi sebelumnya. Telefon ini akan hadir dengan paparan skrin besar beresolusi 1.5K yang direka rata. Dari segi bateri dan pengecasan, ia menggunakan bateri sel tunggal berkapasiti tinggi yang digelar ‘9K-Level’. Malah, varian dengan kapasiti 10,000mAh turut dijangka diperkenalkan kemudian untuk ketahanan lebih lama.

Peranti ini juga akan dikuasakan oleh cip Snapdragon siri 6 yang menekankan kecekapan tenaga rendah sekali gus meningkatkan prestasi sambil menjimatkan penggunaan tenaga. Selain itu, sistem audio turut dipertingkatkan dengan pembesar suara stereo berkualiti tinggi yang mampu menghasilkan bunyi lantang sesuai untuk hiburan multimedia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts