Rembayung Menggunakan Ciri Book a Table oleh Grab Sebagai Platform Tempahan Restoran Baru

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 02 Nov 2026 10:30:49

Rembayung, restoran masakan tradisional Melayu yang dibangunkan oleh pempengaruh tempatan popular Khairul Amin Kamarulzaman, atau lebih dikenali sebagai Khairulaming hari ini telah mengesahkan penggunaan aplikasi Grab sebagai platform tempahan restoran baru mereka.

Sebelum ini, Rembayung menggunakan platform tempahan restoran UMAI sebagai platform pilihan, tetapi kesukaran pelanggan untuk mendapatkan tempahan secara adil telah memaksa mereka untuk menggunakan khidmat tempahan pihak ketiga yang jauh lebih pantas. Ini memaksa pengguna untuk membayar wang tempahan lebih daripada apa yang ditetapkan oleh Rembayung.

Tempahan untuk restoran Rembayung kini boleh dibuat pada aplikasi Grab melalui ciri Dine Out yang terbina. Di dalam submenu Dine Out, anda boleh kemudiannya menggunakan fungsi Book a Table dan kemudiannya mencari nama restoran Rembayung, dimana anda boleh menetapkan tarikh dan masa tempahan, bersama jumlah peserta yang akan makan di restoran tersebut.

Khairulaming mengatakan bahawa tempahan minima dan maksima pelanggan adalah ditetapkan dari tiga ke lapan orang pelanggan untuk satu tempahan, dengan minima tiga orang dewasa ataupun dua orang dewasa dan satu orang kanak-kanak. Deposit RM10 untuk setiap pelanggan juga akan dikenakan, yang mana ia akan digunakan untuk membayar bil penuh sewaktu pembayaran makanan kelak.

Pelanggan yang sudah menempah sesi makan di Rembayung pula hanya akan dibenarkan untuk menempah semula dalam masa dua minggu untuk mengelakkan masalah pengguna menempah beberapa sesi sekaligus. Tempahan yang dibuat juga tidak boleh dijual ataupun dipindahkan kepada pengguna lain, dan mereka yang menempah perlu hadir sewaktu tarikh tersebut untuk dibenarkan masuk dan makan.

Sistem tempahan baru menggunakan Grab Dine Out dan Book a Table ini sudahpun diaktifkan, dan pengguna boleh mula menempah sesi makan di Rembayung menggunakan platform tersebut. Ciri ini juga boleh digunakan untuk menempah tempat makan untuk beratus-ratus lagi lokasi restoran di seluruh Malaysia.

Kemaskini: Setakat ini, Khairulaming telah mengesahkan bahawa sesi-sesi tempahan Rembayung telah habis ditempah untuk 20 ribu pelanggan setakat ini untuk bulan November 2026. Beliau mengatakan bahawa angka tersebut adalah 80 peratus daripada kapasiti penuh restoran itu, dan tempahan selebihnya akan diperkenalkan secara berperingkat melalui aplikasi Grab. Pelanggan juga boleh menggunakan Grab untuk membuat tempahan slot masa untuk tempahan bungkus.

: Khairulaming (Threads), (2)

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts