by Oh! Semput
Renault menghidupkan semula warisan ikoniknya dengan memperkenalkan Renault 8 Gordini Concept, sebuah coupé elektrik dua tempat duduk yang menggabungkan rekabentuk retro-futuristik dengan teknologi moden.
Model ini merupakan kesinambungan usaha Renault dalam mengangkat semula model-model kenderaan legenda mereka, selepas projek seperti Renault 17 restomod elektrik dan Renault 5 Diamant.
Projek ini bermula dengan satu pertandingan dalaman di Renault Design di mana lebih daripada 300 lakaran telah dikemukakan secara spontan oleh para pereka jenama tersebut.
Daripada kira-kira 300 cadangan tersebut, dua projek telah dipilih untuk dibangunkan sebagai model skala 2:5.
Langkah ini membolehkan perbandingan dibuat antara kedua-duanya dan satu pelan reka bentuk baharu dihasilkan dengan menggabungkan ciri-ciri terbaik daripada setiap satu.
Gordini Concept menampilkan motor elektrik berkuasa 270 hp, badan rendah dan lebar dengan inspirasi gaya “café racer”.
Ia sememangnya jauh lebih berkuasa berbanding model terawalnya, Renault 8 Gordini 1964 yang menampilkan enjin 95 hp yang dipasang di bahagian belakang serta konfigurasi pacuan roda belakang.
Elemen klasik seperti jalur putih berkembar, lengkungan roda berbentuk segi empat, enam lampu bulat, serta warna Bleu de France memberi penghormatan kepada model asal tahun 1964.
Pada masa sama, garis badan dan perincian moden menjadikannya relevan dengan era baharu.
Bahagian dalaman pula direka minimalis dengan sentuhan retro: kerusi bucket berbalut korduroi biru, panel aluminium, serta paparan digital berbentuk bulat yang menyerupai meter klasik.
Konsep ini juga meraikan legasi Amédée Gordini, jurutera genius yang digelar “the wizard”, yang menjadikan Renault sinonim dengan prestasi pada era 1950–60an.
EV Renault 8 Gordini Concept ini akan dipamerkan buat pertama kali pada 24 September 2026 di acara Renault Carwalk, sebelum tampil di Paris Motor Show pada 12–18 Oktober 2026.
{suggest}
Renault Perkenal EV Konsep Dengan Reka Bentuk Retro-Futuristik WISER.MY.