Ribuan jemaah terpedaya pakej umrah meragukan

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 16 Dec 2016 05:00:15

Kerajaan menganggarkan lebih 2,000 jemaah yang mahu menunaikan umrah menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah murah sepanjang 2016.

Timbalan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, angka tepat bagi jumlah kes penipuan itu juga sukar diperolehi kerana tidak semua jemaah yang ditipu membuat laporan.

Oleh demikian, Mas Ermieyati meminta jemaah yang menjadi mangsa tampil membuat laporan di kementeriannya.

“Memang ramai yang mengatakan mereka tertipu tapi tidak membuat laporan kepada kementerian. Kita harapkan mereka yang tertipu untuk tampil untuk kita mengambil tindakan susulan kepada pihak tidak
bertanggungjawab ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata, berdasarkan statistik daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), jumlah laporan yang dibuat ke atas agensi-agensi pelancongan umrah telah berkurangan.

“Pada 2015, terdapat 1,641 kes yang melibatkan tuntutan bernilai RM8.9 juta.

“Tetapi pada Oktober 2016 jumlahnya agak rendah di mana hanya 298 kes yang melibatkan tuntutan bernilai RM1.5 juta,” kata Mas.

Kira-kira 250 jemaah yang dijadualkan berlepas bagi mengerjakan umrah pada Ahad lalu dilaporkan terkandas selepas penerbangan ditangguhkan berikutan permit kebenaran mendarat belum diperoleh syarikat penerbangan sewa khas untuk membawa rombongan berkenaan.

[Baca berita penuh]

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts