Riezman Khuzaimi Dah Nikah Datuk Normaziah, Semalam

by Oh! Semput


18
SHARES
228
VIEWS
Posted on 16 Dec 2016 04:01:17

KALAU sudah jodoh. Pelakon dan ahli perniagaan Riezman Khuzaimi, 46, mengakui telah pun menamatkan zaman dudanya dengan seorang ahli usahawan, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, 47, semalam.

datuk-normaziah-sheikh-mohamedDatuk Normaziah

Menurut Riezman, majlis itu berlangsung secara kecil-kecilan di Shah Alam, Selangor dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

“Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Cuma majlis nikah kami dibuat secara tertutup bagi menghormati permintaan keluarga masing-masing,” katanya.

Dalam majlis pernikahan ini, Riezman menyerahkan sebentuk cincin bersama mas kahwin berjumlah RM300 kepada pihak pengantin perempuan. Bagaimanapun, tiada wang hantaran atau bertukar dulang hantaran.

Sebelum, Riezman pernah berkahwin dengan pelakon, Kartina Ayub, pada 2001 namun berpisah pada 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Afiq Kiraman, 13, dan Ruzain Nars, 8.

Pasangan ini bakal melangsung majlis resepsi mereka di sebuah hotel di Shah Alam pada 24 Disember ini.

: BH Online

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts