Roblox Build Diperkenalkan – Menjana Permainan Guna AI Terus Dari Peranti

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 17 Jul 2026 10:34:03

Roblox memperkenalkan ciri baharu Build iaitu fungsi cipta permainan berasaskan mudah alih yang dikuasai oleh teknologi AI. Melaluinya, pengguna boleh mencipta permainan terus daripada peranti tanpa memerlukan pengalaman pengaturcaraan.

Sebagai contoh apabila pengguna menaip arahan untuk permainan pengembaraan santai , sistem ini akan secara automatik menjana versi asas permainan yang lengkap. Hasil yang dijana merangkumi mekanisme permainan berfungsi, persekitaran menggambarkan suasana, watak yang boleh dimainkan serta kesan bunyi relevan bagi menyokong keseluruhan pengalaman bermain.

Ciri baharu ini menggunakan gabungan model AI terbuka bersama model khas Roblox yang dilatih khusus dengan data permainan dan model 3D. Ciri ini turut diintegrasikan dengan Roblox Studio versi desktop untuk membolehkan pengguna memulakan projek di telefon sebelum meneruskan pembangunan dengan fungsi tambahan yang lebih canggih di komputer.

Roblox

Roblox turut memperkenalkan beberapa fungsi tambahan yang bertujuan meningkatkan pengalaman. Antaranya ialah Sistem Pemeriksa Permainan yang berfungsi mengesan pepijat sebelum sesuatu permainan dilancarkan, Pembantu Analitik yang bantu pencipta memahami data permainan dalam bahasa yang mudah difahami serta Modul Eksperimen yang memberikan cadangan ujian untuk menambah baik tahap penglibatan pemain.

Di samping itu, Roblox turut menyediakan sistem penjanaan automatik yang mampu menghasilkan objek 3D lengkap hanya melalui arahan berbentuk teks atau imej. Dengan adanya sistem ini, proses pembangunan menjadi lebih efisien kerana pencipta tidak lagi perlu membina setiap elemen secara manual.

Ujian awal akan bermula pada 28 Julai 2026 di New Zealand dan seterusnya diperluaskan ke lebih banyak negara secara berperingkat. Pengguna berumur 9 tahun dibenarkan menguji Build manakala permainan yang diterbitkan hanya boleh diakses oleh pengguna berusia 16 tahun ke atas selepas melalui proses semakan keselamatan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts