by Oh! Semput
Rockstar Games hari ini mengumumkan prapesan Grand Theft Auto VI (GTA 6) akan dibuka secara rasmi bermula 25 Jun 2026 menerusi kedai digital serta beberapa peruncit terpilih.
Buat masa ini, Rockstar masih belum menyatakan waktu sebenar prapesan akan dibuka pada hari tersebut, atau harga rasmi yang bakal ditawarkan. Namun begitu, pengguna sudah boleh menambah GTA 6 ke dalam senarai minat (wishlist) di PlayStation Store atau Microsoft Store untuk menerima pemberitahuan sebaik sahaja prapesan tersedia.
Serentak dengan pengumuman itu, Rockstar turut mendedahkan imej kulit hadapan (cover art) rasmi GTA 6. Imej tersebut boleh dilihat menerusi video yang dikongsikan syarikat itu dan turut disediakan untuk dimuat turun melalui laman rasmi GTA 6.

Pelancaran GTA 6 dijadualkan pada 19 November 2026 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.
Dalam perkembangan berkaitan, Rockstar turut mengumumkan pemilik GTA V versi digital di PlayStation 4 dan Xbox One kini boleh menaik taraf permainan mereka kepada versi PlayStation 5 atau Xbox Series X|S secara percuma. Tawaran itu hadir menjelang kemas kini GTA Online yang dijadualkan tiba pada Julai ini.
{suggest}
Rockstar Sahkan Prapesan Grand Theft Auto VI Bermula 25 Jun WISER.MY.