Rockstar Akan Tayang ‘Grand Theft Auto VI: An Extended Look’ Pada 28 Ogos – Netflix Dapat Akses Lebih Awal

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 06 Aug 2026 14:30:24

Rockstar Games kini mengumumkan Grand Theft Auto VI: An Extended Look akan ditayangkan pada 28 Ogos ini, sekali gus memberikan peminat paparan lebih lanjut mengenai permainan yang paling dinanti-nantikan itu.

Tayangan perdana akan disiarkan di Netflix pada jam 3 pagi (waktu Malaysia), sebelum dimuat naik ke saluran YouTube Rockstar Games dan laman rasmi GTA VI pada hari yang sama, jam 9.00 pagi.

Grand Theft Auto VI: An Extended Look premieres on @netflix Thursday, August 27 at 3 p.m. ET.https://t.co/px5rI0eKh7 pic.twitter.com/IDZO55jY6K

— Rockstar Games (@RockstarGames) August 6, 2026

Bagaimanapun, Rockstar setakat ini masih belum mendedahkan kandungan yang akan dipaparkan dalam video berkenaan.

“Jangkaan dan keterujaan peminat terhadap Grand Theft Auto VI adalah sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini, dan kami berbesar hati kerana Rockstar Games memilih untuk bekerjasama dengan kami bagi memperkenalkan bahagian seterusnya dalam kisah Grand Theft Auto kepada pelanggan Netflix terlebih dahulu,” kata Naib Presiden Siri Bukan Fiksyen Netflix, Brandon Riegg.

Untuk rekod, GTA VI bakal dilancarkan selepas lebih sedekad GTA V diperkenalkan pada 2013. Menurut syarikat induk Rockstar Games, Take-Two Interactive, GTA V telah terjual hampir 230 juta salinan setakat Mei lalu, menjadikannya antara permainan video paling laris sepanjang zaman.

Rockstar mengesahkan pembangunan GTA VI pada 2022 sebelum menerbitkan treler pertama pada 2023 dan treler kedua pada tahun lalu.

Permainan itu kini dijadualkan dilancarkan pada 19 November 2026 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S, dengan prapesan telah pun dibuka sejak 25 Jun lalu.

Rockstar Akan Tayang ‘Grand Theft Auto VI: An Extended Look’ Pada 28 Ogos – Netflix Dapat Akses Lebih Awal WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts