Sejak semalam tular di laman sosial beberapa keping gambar dan cerita yang telah dikongsikan oleh seorang wanita bernama
Sarah Sulaiman sebuah kejadian yang berlaku di rumahnya kemungkinan taktik terbaru penjenayah.
Menurut beliau, rumahnya telah didatangi oleh orang yang tidak dikenali memberi salam berkali-kali, beliau tidak dapat mematikan adakah orang yang sama namun, kali ini datang dengan modus operandi berbeza dengan membuka paip air yang berada di dalam kawasan pagar rumah.
Selepas itu suspek telah memberitahu air paip rumahnya telah terbuka dan meminta beliau (tuan rumah) untuk menutup paip berkenaan.
Apa yang pelik air paip rumah beliau dan jiran terbuka laju, sebelum itu paip berkenaan tidak terbuka, jika orang dari luar membukanya adalah mustahil kerana jauh.
Jom baca perkongsian beliau.
Cerita 1:
Semoga Allah melindungi kita semua daripada niat jahat manusia...
Kejadian petang tadi di Taman Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang 23/5/17 anggaran selepas Asar.
Tengah urut baby, dengar orang lelaki bagi salam... dengar suara jauh macam luar pagar lah.
Masa ni memang tak kuasa nak hendap kat tingkap sebab bulan lepas dah pernah intai ada orang lelaki dok bagi salam macam minta derma..
Tengah sibuk siapkan baby, dengar lagi suara tadi bagi salam tapi kuat sangat macam dah ada depan pintu rumah kat dalam.
Rasa tak sedap hati memang tak berani nak jenguk ke luar, cuma jalan ke pintu nak ambik baju baby dalam bakul.
Sampai kat pintu dengar bunyi air kuat macam hujan.... buat taktau jugak lah..
Elok bak balik dia tanya siapa bukak air kat luar, paip rumah sebelah pun sama.
Padahal pintu pagar depan berkunci, rumah sebelah pun berkunci!
Paip air memang dia bukak penuh air paling kuat.
Macam taktik nak suruh orang keluar rumah untuk tutup air tu kan?
Persoalannya dia panjat pagar nak bukak paip tu? Sebab nak capai daripada luar memang tak boleh ada tembok.
Hmm taktaulah apa jadi kalau aku intai luar nampak air terbukak tu pastu keluar tutup air.
Mungkin dia dah standby kat sebelah pagar? Nak samun?
Allahu... semoga kita semua dilindungiNya... skang pun dok berdebar2 lagi pikir apa jadi kalau keluar tutup air tu
SUMBER ASAL
Related News