10 Buah Rumah Musnah di Lok Kawi

by Oh! Semput


9
SHARES
116
VIEWS
Posted on 06 Dec 2016 17:00:26

Papar: Sepuluh rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pituru Dua, Lok Kawi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 6.15 petang itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Dunstan Peter ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 6.28 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kebakaran untuk operasi memadam.

“Enam jentera dengan kekuatan 24 anggota termasuk dari BBP Penampang dan BBP Kota Kinabalu terbabit dalam operasi ini.

“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran ini membabitkan 10 rumah dan api berjaya dikawal pada 7.28 malam, “katanya.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts