'Dulu Gaji Saya Rm 380 Sahaja Sebulan, Sekarang RM 10k..Alhamdulilah'

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 10 Oct 2016 12:00:35


Sudah dua malam berturut-turut saya tidak mampu tidur lena. Gara-gara berbual dengan seorang wanita warganegara Indonesia yang umurnya hampir sebaya dengan saya pada Sabtu lalu. Kami berbual santai setelah dia datang ke rumah saya untuk menemani ahli keluarga besar saya. Melalui percakapannya, saya tahu dia bukan berasal dari Malaysia. Dia tersenyum dan mengakuinya.

"Saya sudah 24 tahun datang sini. Mulanya kerja sebagai operator kilang Jepun, dengan gaji RM380 sahaja. Kemudian saya mengenali suami, yang juga kerja di kilang yang sama. Dia gaji RM500," katanya tanpa rasa segan apabila saya memberitahunya saya seorang HR.

"Lama-kelamaan, kami pun berkahwin.  Tetapi, saya sudah tidak boleh bekerja lagi kerana warga asing yang berkahwin dengan orang tempatan tidak dibenarkan bekerja. Ianya salah di sisi undang-undang. Lalu pihak kilang memberhentikan saya.

"Pada masa itu kami hidup susah. Lalu saya mengambil keputusan untuk berniaga secara kecil-kecilan dari rumah dengan duit simpanan saya sendiri. Alhamdulillah! Untung! Saya kemudiannya membuka kedai menjual pakaian, selipar, campur-campur jual jamu. Sewa RM3,500 sebulan. Sehari paling kurang saya boleh dapat jualan RM800. Sebulan bersih, saya dapat dalam RM20,000 setelah ditolak dengan gaji, modal barang, api air dan sewa kedai.

"Alhamdulillah, saya sudah berniaga di kedai selama 9 tahun. Satu sen pun saya tak pinjam wang sesiapa. Dengan duit itulah saya beli dua buah rumah. Satu apartment di Shah Alam dan satu lagi di Puncak Alam. Kereta saya sendiri ada dua buah. Sebuah Toyota Avanza dan sebuah lagi Toyota Hilux.

"Suami saya mula bekerja sejak tamat SPM hingga sekarang dan dia hanya mampu membeli Proton Wira sahaja. Bukan saya menghina, tetapi orang di sini semua terlalu cepat rasa selesa. Asal ada makan pakai dan tempat tinggal sudah cukup," ceritanya tanpa henti.

Panas juga telinga saya mendengarnya. Apabila ditanya tentang pekerjaan suaminya, dia menyatakan suaminya cuma pekerja kilang. Beralih dari satu kilang ke kilang lain untuk mendapat gaji yang lebih baik. Akhirnya suaminya kini kekal bekerja dengan syarikat sekarang selama, sudah 18 tahun.

"Suami saya itu penakut. Saya suruh dia berhenti kerja, besarkan kedai, dia tidak mahu. Katanya bekerja makan gaji lebih baik. Cukup bulan ada gaji, berniaga katanya ada pasang surut.

"Lama kelamaan, jawatan sudah tak naik. Suami keluargkan KWSP untuk sambung belajar. Bila dah dapat ijazah, tak dapat juga kenaikan pangkat. orang lain juga yang dapat sebab bos besar-besar pun sama bangsa mereka juga.

"Apa pun saya bersyukur banyak-banyak pada Tuhan. Dulu di Indonesia saya sudah puas hidup susah Masa dapat kerja sebagai operator kilang dulu, saya tekad mahu mengubah hidup, tak mahu hidup susah lagi. Kemudian saya tekad tidak mahu menjadi kuli orang lagi. Alhamdulillah saya sudah ada kedai sendiri. Sudah 9 tahun saya tidak perlu mendengar orang mengarah-arah atau marah saya untuk membuat kerja itu ini. Saya cukup puas hati," ceritanya.

Sambil mempelawanya makan cempedak goreng, saya menyatakan bahawa bekerja makan gaji ada juga untungnya kerana pendapatan bulanan lebih terjamin dan lebih baik. Apabila di penghujung tahun pula, ada bonus lumayan.

Dia ketawa dan berkata, "Betul tu bang. Suami saya cukup bahagia di hujung bulan, pergi mesin ATM cucuk duit dan belanja makan luar. Gaji dia pun sudah besar dalam RM5,000. Boleh bawa kami sekeluarga pergi makan angin.

"Tetapi saya ada kedai sendiri. Saya gajikan diri saya RM10,000. Duit rumah di Puncak Alam saya bayarkan. Suami bayar rumah di  di Shah Alam. Kedua-dua kereta saya dibayar dengan menggunakan duit saya sendiri. Masih ada baki dalam RM10,000 bersih. Kira-kira, bonus saya sebulan RM10,000!" jelasnya.

Saya cuma mendiamkan diri. Malunya saya pada wanita yang asalnya cuma pendatang asing yang bekerja sebagai operator kilang itu,

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts