Saida Tarudin Selamat Bernikah Dengan Seorang Ahli Perniagaan

by Oh! Semput


15
SHARES
192
VIEWS
Posted on 06 Oct 2016 10:00:24

Dengan sekali lafaz, Saida Tarudin kakak kepada Dato’ Siti Nurhaliza selamat dinikahkan dengan pasangan pilihannya yang juga seorang ahli perniagaan.

saida-1

Gambar : artixmotion

Majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup itu mengambil tempat di Masjid Al-Muklisin, Cheras, Kuala Lumpur semalam pada jam 2.40 petang. Saida memilih untuk mengadakannya secara tertutup tanpa kehadiran pihak media kerana ingin menjaga hati semua pihak.

saida-3

Gambar : ArtixMotion

Kakak kepada Dato’ Siti Nurhaliza ini menerima mas kahwin bernilai RM80 beserta wang hantaran berjumlah RM10,000. Saida turut menerima tiga dulang hantaran dan membalas lima dulang kepada pihak pengantin lelaki.

saida-2

Gambar : ArtixMotion

Suami kepada Saida, Hafiizh Che Mat merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah berkahwin sebelum ini serta mempunyai dua orang anak. Saida yang juga pernah berkahwin sebelum ini bercerai pada tahun 2011 dan dikurniakan empat orang anak hasil perkahwinannya itu.

Tahniah buat Saida dan suami. Semoga selamat melayari bahtera perkahwinan ini dan dilimpahkan dengan kebahagiaan sepanjang hayat.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts