Salahkah Bersolidariti Dalam Isu Rohingya?

by Oh! Semput


7
SHARES
85
VIEWS
Posted on 08 Dec 2016 00:00:54

rohingya

SEDIH melihat terdapat segelintir umat Islam di negara ini yang mengkritik dan mempertikaikan usaha pihak lain yang bersolidariti untuk membela nasib etnik Rohingya yang kini ditindas di Myanmar.

Persoalannya, adakah menjadi kesalahan untuk rakyat beragama Islam di negara ini menganjurkan Himpunan Solidariti Ummah Rohingya?

Adakah juga menjadi kesalahan jika himpunan yang mengumpulkan umat Islam berkenaan turut menjemput pemimpin tertinggi negara?

image

Pastinya tidak menjadi kesalahan. Seharusnya semua pihak tanpa mengira anutan agama dan keturunan bersama-sama membela nasib etnik Rohingya yang kini ditindas di Myanmar dengan memberikan tekanan terhadap negara tersebut.

Sebagai tanda sokongan terhadap kaum Rohingya, semua pihak perlu mengetepikan fahaman politik, keturunan dan perbezaan agama dengan bersatu menyuarakan kecaman terhadap apa yang berlaku di wilayah Rakhine ketika ini.

Untuk apa rakyat Malaysia perlu melakukan semua itu?

Kita mahu menunjukkan kepada dunia bahawa kita mampu mengecapi keamanan dan keharmonian walaupun hidup dalam kalangan penduduk berbilang kaum dan agama.

rohingyaa_demo_1

Cadangan Pakatan Harapan agar kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar hanya akan mengeruhkan lagi keadaan yang berlaku.

Sekiranya hubungan diplomatik diputuskan, bagaimana kita mahu menghantar bantuan kemanusiaan ke negara itu?

Kepada rakyat Malaysia, sedarilah bahawa kekejaman terhadap etnik Rohingya adalah isu kemanusiaan yang sepatutnya menjadi isu bersama semua rakyat apatah lagi antara pimpinan politik kerajaan dan pembangkang.

Ia perlu dijadikan medan untuk umat Islam bersatu setelah dipisahkan oleh pendirian politik serta pelbagai isu lain dalam negara.

Himpunan Solidariti Ummah Rohingya menjadi titik permulaan untuk kerajaan lebih tegas dalam memberikan tekanan terhadap Myanmar.

Kesepakatan UMNO dan PAS berada di pentas sama memperjuangkan isu kemanusiaan etnik Rohingya di Myanmar menunjukkan kematangan berpolitik dengan mengetepikan perbezaan fahaman bagi isu-isu yang melibatkan umat Islam.

Adakah salah untuk UMNO dan PAS bersama dalam himpunan soladiriti itu?

Sudah tentu tidak salah kerana kerjasama itu hanya berlandaskan isu kemanusiaan yang menjurus ke arah kebaikan.

Kesepakatan UMNO dan PAS itu juga memberikan mesej kepada rakyat bahawa kita harus matang dalam berpolitik.

Janganlah kita hanya pandai mendabik dada dan mahu menjadi juara dengan mempertikaikan usaha pihak lain yang mahu bersolidariti untuk membela saudara-saudara seagama dengan kita di Myanmar.

Khairul Amir adalah salah seorang penganalisis politik bebas dan pembaca Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah pandangan peribadi beliau dan ia tidak mempunyai kaitan dengan Malaysian Access.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts