KUALA LUMPUR: Kes saman Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap Utusan Melayu (M) Bhd.(UMMB) berhubung artikel, Hebat Sangatkah Adnan, kira-kira tiga tahun lalu, berjaya diselesaikan Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Artikel di bawah ruangan Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat disiarkan akhbar Mingguan Malaysia pada 9 November 2014. Kes saman fitnah itu selesai selepas pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dengan kehadiran Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Adnan. Perbicaraan kes itu sepatutnya didengar hari ini sehingga 11 Ogos ini. Namun begitu, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak untuk mencari jalan penyelesaian melalui proses mediasi yang berlangsung pada Jumaat lalu dan diikuti sesi rundingan hari ini mulai pukul 9.30 pagi sehingga pukul 1 petang. Penyelesaian tersebut tidak melibatkan sebarang kos dan tiada sebarang permohonan maaf. Antara terma penyelesaian yang dipersetujui antara kedua-dua pihak adalah UMMB perlu menerbitkan kenyataan penjelasan di dalam akhbar Utusan Malaysia esok. UMMB dalam penjelasan tersebut menyatakan, tiada niat langsung untuk menjejaskan perasaan, kewibawaan dan reputasi Adnan sebagai salah seorang pemimpin negeri Pahang yang dihormati. Syarikat akhbar itu juga sedia maklum bahawa Adnan, seorang pemimpin yang berjaya menerajui pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Pahang selama empat penggal berturut-turut. Syarikat akhbar itu turut menyedari, Adnan berasa amat kecewa dengan penerbitan artikel tersebut yang menjejaskan reputasi beliau. Sekiranya artikel tersebut mengundang kesukaran pada pihak Adnan, UMMB berasa amat kesal akan penerbitan dan intipati artikel berkenaan. Selain itu, satu sesi temu bual akan diadakan antara Adnan dan penyunting kanan syarikat akhbar tersebut dalam tempoh seminggu dari tarikh penghakiman. Temu bual tersebut berhubung kejayaan Adnan selama empat penggal beliau mentadbir Pahang dan aspirasinya untuk Pahang pada masa depan. Intipati temu bual tersebut akan diterbitkan dalam Utusan Malaysia selepas temu bual tersebut diadakan dan sebaik sahaja mendapat persetujuan daripada Adnan berhubung kandungan temu bual tersebut selain Adnan memberhentikan tindakan saman tersebut. Penghakiman persetujuan itu merupakan satu penyelesaian penuh dan muktamad dalam kes saman tersebut dan Adnan mahupun UMMB tidak mempunyai sebarang hak untuk memfailkan sebarang tuntutan lagi berhubung isu tersebut. Adnan selaku pihak plaintif dalam saman yang difailkan pada 5 Disember 2014 mendakwa, artikel itu membawa maksud seolah-olah beliau tidak sesuai memegang jawatan Menteri Besar Pahang, gagal dalam menjalankan tugas, telah terlalu lama dalam jawatannya dan seorang yang berpura-pura. Permohonan UMMB untuk membatalkan saman Adnan sebelum ini ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 23 Julai 2015 namun Mahkamah Rayuan pada 1 Mac 2016 membenarkan rayuan UMMB setelah memutuskan Adnan tiada hak di sisi undang-undang atau locus standi untuk mengemukakan saman fitnah terhadap UMMB atas kapasitinya sebagai seorang pemimpin negeri. Pada 13 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan Adnan memerintahkan supaya saman tersebut dibicarakan di Mahkamah Tinggi untuk meritnya didengar dan diputuskan. Peguam Datuk M. Reza Hassan yang mewakili UMMB ketika dihubungi berkata, pihaknya amat bersyukur dengan penyelesaian yang dicapai. “Ini adalah situasi menang-menang. Tahniah buat kedua-dua pihak,” kata Reza. UMMB turut diwakili Azhar Arman Ali manakala peguam Americk Sidhu dan Manjeet Singh Dhillon mewakili Adnan.
Penjelasan berhubung penerbitan artikel bertajuk Hebat sangatkah Adnan? Kami sedia maklum bahawa Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Yaakob adalah seorang pemimpin yang telah berjaya menerajui pucuk pimpinan Barisan Nasional di negeri Pahang selama 4 penggal berturut-turut. Kami juga menyedari bahawa Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Yaakob berasa amat kecewa dengan penerbitan artikel bertajuk Hebat sangatkah Adnan? yang diterbitkan di akhbar Mingguan Malaysia dalam ruangan Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat pada 09.11.2014 yang menjejaskan reputasi beliau. Oleh itu, kami ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa tiada langsung niat di pihak kami untuk menjejaskan perasaan, kewibawaan dan reputasi Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Yaakob selaku salah seorang pemimpin negeri Pahang yang dihormati. Sekiranya artikel tersebut telah mengundang kesukaran di pihak Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Yaakob, kami amat menyesali akan penerbitan dan intipati artikel tersebut. #sumber
Tindakan seorang lelaki tempatan berbangsa Cina menegur seorang individu yang dipercayai warga China kerana didakwa makan daging khinzir serta membawa anjing di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Simpang Pulai arah selatan menerima pujian ramai di media sosial
Polis menahan 10 remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar dipukul secara berkumpulan ketika dalam perjalanan ke Masjid Merotai Besar untuk menunaikan solat Jumaat, dalam kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.
Qualcomm sedia mengumumkan acara tahunan mereka, Snapdragon Summit yang akan berlangsung pada 22 September kelak. Kebiasaannya, pada acara Snapdragon Summit, pihak Qualcomm akan mengambil peluang mengumumkan sejumlah perkara, termasuk memperkenalkan cip m
Semalam Nothing Phone (1) menerima kemas kini tampalan sekuritinya yang terakhir. Ia melengkapkan kitaran sokongan 3 kemas kini Android dan 4 tahun tampalan sekuriti yang dijanjikan Nothing semasa Phone (1) dilancarkan pada tahun 2022.Penamatan so
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuda Kepang, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam
Hampir 200,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip di seluruh negara diluluskan tambahan 100 liter sebulan di bawah program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), menjadikan jumlah kelayakan mereka meningkat kepada 300 liter sebulan bermula Julai 2026
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melancarkan kempen Cashback Mai Langkawi Bayaq Satu, Free Satu! sebagai usaha memperkukuh pelancongan domestik serta menarik lebih ramai rakyat Malaysia menjadikan Langkawi sebagai destinasi percutian pilihan.Pelanca
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat parti politik yang berpakat untuk menjatuhkannya susulan ketegasan Kerajaan MADANI dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berpendapat, pendirian kerajaa
KUANTAN: Pahang mencatat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM71 bilion pada tahun 2025 berbanding RM68.8 bilion pada tahun sebelumnya.Perkembangan itu berdasarkan Laporan KDNK Mengikut Negeri 2025 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysi
Seorang wanita tempatan ditahan polis selepas dipercayai membiarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bukaan bumbung (sunroof) sebuah kenderaan yang sedang bergerak di Lebuhraya Grand Saga, berhampiran Kampung Batu 10, Cheras, dalam kejadi