by Oh! Semput
Pelakon, Datin Nelydia Senrose mengumumkan kehamilan apabila memaklumkan berita gembira terbabit menerusi hantaran di Instagram.
Dalam perkongsian berkenaan, Nelydia meraikan hari ulang tahun perkahwinan dengan suaminya, Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid yang ketujuh.
Nelydia telah berkongsi gambar imbasan kandungannya dan memperlihatkan kondisi perutnya yang menunjukkan kehamilan.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengucapkan tahniah diatas khabar gembira tersebut.
Mereka menzahirkan rasa syukur diatas kehamilan pelakon itu dan mendoakan agar urusan dipermudah.


Sekadar info, Nelydia Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia binti Nik Sen, 31 telah mendirikan rumah tangga dengan Hafez pada 6 April 2019.
: Instagram nelydiasenrose