by Oh! Semput
Samsung pada hari ini mempunyai sejumlah penawaran jam tangan pintar dibawah mereka, dimana ia dibangunkan bersama pihak Google, dan menjalankan Wear OS sepenuhnya. Namun, kini ia dilihat Samsung turut sedang melihat kepada alternatif lain.

Menurut laporan baharu, Samsung sedang membangunkan sebuah jam tangan pintar, dikenali dengan nama “Galaxy Aero” buat masa ini. Ia dijangka menjalankan RTOS seperti yang terdapat pada Galaxy Fit, dan kategori peranti ini dijangka diposisikan antara Galaxy Fit dan Galaxy Watch.
Jam tangan ini dijangka menawarkan ciri asas, serta dengan menggunakan RTOS, ia mungkin menawarkan masa penggunaan bateri yang bertahan beberapa hari berbanding kebiasaan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan diperkenalkan. Kod awalnya telah mula dilihat pada aplikasi Gaalxy Wearable, menadakan ia mungkin hadir dalam beberapa bulan lagi.