by Oh! Semput
Samsung kini memperkenalkan siri tablet terbaru mereka secara rasminya, iaitu siri Galaxy Tab S12. Siri tablet ini akan dipasarkan di Malaysia bermula 7 Oktober 2026 kelak, melalui penawaran dua siri, iaitu Galaxy Tab S12 dan juga Galaxy Tab S12+.

Samsung Galaxy Tab S12 Ultra hadir dengan skrin 14.6-inci Dynamic AMOLED 2X 120Hz, dikuasakan dengan cip Dimensity 9500, memori 12GB RAM, storan 256GB dan bateri 11,600 mAh yang menyokong pengecasan 45W secara berwayar. Storan boleh ditambah dengan kad micro SD sehingga 2TB.
Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 13MP dan ultra lebar 8MP sementara di hadapan pula kamera swafoto pula sebesar 12MP. Ia turut hadir dengan sokongan S-Pen untuk memudahkan lakaran terus pada skrin. Peranti dilengkapi juga dengan empat speaker stereo, pengimbas ca jari bawah skrin dan melepasi piawaian kalis air serta debu IP68.

Samsung Galaxy Tab S12+ pula hadir dengan skrin 12.6-inci Dynamic AMOLED 2X 120Hz, dikuasakan cip Dimensity 9500, memori 12GB RAM, storan 256GB dan bateri 10,600 mAh yang menyokong pengecasan 45W secara berwayar. Kamera utama sebesar 13MP di belakang dan 12MP di hadapan. Storan juga boleh ditambah dengan kad micro SD sehingga 2TB, IP68, sokongan S-Pen dan pengimbas cap jari bawah skrin.
Kedua-dua tablet menjalankan Android 17 dengan antaramuka One UI 9. Samsung turut menyertakan Book Cover Keyboard Slim dan S Pen dengan setiap pembelian yang memudahkan anda menaip dan menggunakan tablet ini sebagai komputer riba. Turut disertakan ialah langganan percuma Google AI Pro selama 6 bulan, Photoshop selama 4 bulan dan beberapa aplikasi seperti Lumafusion terpasang.

Di Malaysia, Samsung Galaxy Tab S12 Ultra ditawarkan pada harga RM5,999 untuk versi WiFi, dan RM6,649 untuk versi 5G. Sementara Galaxy Tab S12+ pula ditawarkan pada harga RM4,999 untuk versi WiFi dan RM5,649 untuk versi 5G.