Siri Samsung Galaxy S26 Mula Terima Kemaskini Android 17 Di Malaysia

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 30 Sep 2026 17:00:33

Samsung Galaxy S26, Galaxy S26+ dan Galaxy S26 Ultra mula menerima kemas kini One UI 9 yang berasaskan Android 17 di Malaysia hari ini dua minggu selepas ia mula diberikan di Korea Selatan. Di Malaysia, saiz kemas kini secara OTA ini ialah 4095.56 MB dengan ia turut membawakan tampalan sekuriti sehingga 5 September

Dengan One UI 9, siri Galaxy 26 menerima ciri seperti My FanCam, Now Nudge, Now Brief dipertingkatkan serta beberapa lagi ciri baharu pada Creative Studio, Interpreter, Document Scan, dan Voice Recorder. Kesemua ciri ini adalah sama seperti yang diterima Galaxy Z Fold8, Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Flip8 dan Galaxy S26 FE.

Samsung telah mengesahkan selepas siri Galaxy S26, sistem operasi terkini ini kemudiannya akan diberikan kepada siri Z Fold7, Galaxy A dan Galaxy S25. Malahan di Korea Selatan siri Galaxy S25 sudah menerima One UI 9 sejak semalam.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts