by Oh! Semput
Samsung Galaxy Z TriFold dilancarkan pada penghujung Disember 2025 dengan ia peranti dengan skrin boleh dilipat 3 kali. Apabila dibuka, skrin kecil 6.5″ membesar menjadi 10″ membolehkan Galaxy Z TriFold digunakan sebagai sebuah tablet bersaiz besar sebenar. Pasca pelancaran, Galaxy Z TriFold hanya ditawarkan di Korea Selatan, China, Taiwan, Singapura, UAE dan Amerika Syarikat sahaja.

Kini muncul laporan ETnews, Samsung sudah memulakan pembangunan Galaxy Z TriFold baharu. Dalam laporan yang sama kali ini Samsung akan menawarkan ke lebih banyak pasaran. Walaupun dipasarkan dalam jumlah pasaran yang kecil, pengeluaran Galaxy Z TriFold telah ditamatkan pada bulan Mac lalu. Setiap peranti perlu dipesan terlebih dahulu dikilangkan. Ini gara-gara krisis RAM dan permintaan yang kurang disebabkan peranti dijual pada harga sekitar RM 12,000 sebuah.
Dengan krisis RAM kini semakin kritis, jika Galaxy Z TriFold baharu ditawarkan di Malaysia kami menjangkakan harga jualan pastinya mencecah sekurang-kurangnya RM13,000 sebuah.