Samsung Menjangka Krisis RAM Semakin Teruk Pada 2027 dan Berterusan Sehingga 2028

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 03 Aug 2026 03:33:51

Krisis RAM sejak tahun lalu telah menyebabkan harga komponen penting peranti pintar ini melonjak lebih 400% sejak Oktober tahun lalu. Ia kini memintas cip pemproses dan skrin sebagai komponen paling mahal untuk menghasilkan sebuah telefon pintar. Kita sudah dapat melihat harga telefon pintar meningkat antara RM200 ke RM1000 bergantung kepada konfigurasi memori.

Samsung kini menjangka krisis RAM akan menjadi semakin serius pada tahun 2027 dengan ia akan berterusan sehingga 2028. Jangkaan Samsung ini selari dengan ramalan CEO SK Hynix cuma beliau mengatakan permintaan akan melebihi kapasiti sehingga 2030.

Permintaan tinggi untuk RAM meningkatkan keuntungan operasi Samsung Device Solutions (DS) yang menghasilkan cip sebanyak 220 kali ganda pada suku lalu. Ia adalah suku dengan keuntungan tertinggi dalam sejarah Samsung. Samsung DS sahaja menyumbang 74% pendapatan syarikat pada suku lalu.

Tetapi durian runtuh Samsung DS menyebabkan perniagaan Samsung Mobile Experince (MX) dan rangkaian mencatatkan kerugian operasi sebanyak 0.7 trilion won (~RM 1.98 bilion) buat pertama kali dalam sejarah kerana peningkatan kos memori.

Techcrunch

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts