Dua Sarung Tangan Ada Kesan Darah Kevin Morais

by Oh! Semput


12
SHARES
162
VIEWS
Posted on 01 Dec 2016 10:01:30

KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dua pasang sarung tangan yang mempunyai kesan darah Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais ditemui tersorok dalam kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk melanggar kenderaan dipandu Kevin Morais.

Anggota Forensik Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Kedah, Sarjan Azmi Shaari berkata kedua-dua sarung tangan getah yang berwarna hitam itu ditemui di bahagian kanan bawah tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton itu.

“(Sarung tangan) berada bawah kusyen pemandu, kalau dari depan tak nampak, dari belakang nampak, (sarung tangan) dalam plastik,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, dalam perbicaraan kes pembunuhan Kevin Morais yang masuk hari ke-33.

Pada perbicaraan sebelum ini ahli kimia Forensik DNA Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon, 43, telah mengesahkan kesan darah itu sepadan dengan DNA Kevin Morais.

Azmi, 55, merupakan saksi pendakwaan ke-48 yang dipanggil semula menyambung keterangannya hari ini.

Saksi itu memberitahu beliau diarahkan oleh Pegawai Risikan Pasukan Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman ACP Shazeli Kahar untuk mencari barang kes berkaitan kes itu dalam kenderaan Mitsubishi Triton yang berada di alamat No 13, Lorong Cendawan 6/4, Taman Bayan, Lunas, Kulim, Kedah.

Enam lelaki – G.Gunasekaran, 48; R.Dinishwaran, 24; A.K. Thinesh Kumar, 23; M.Vishwanath, 26; S.Nimalan, 23 dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015, antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Dr Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts