Sasqia Dahuri Kini Pengusaha Tudung

by Oh! Semput


3
SHARES
36
VIEWS
Posted on 23 Feb 2017 03:00:46

sasqia dahuri
Cover image via @sasqiadahuri

KETIKA awal pembabitannya dalam bidang lakonan, Sasqia Dahuri hanya mengikuti kata hati. Menurut gerak hatinya, lapangan seni merupakan bidang terbaik untuk diteroka di samping mengembangkan bakat sebagai seorang pelakon.

Keterujaan Sasqia atau nama lengkapnya, Nurlisasqia Ahmad Dahuri, 32, dalam memahat nama sebagai seorang pelaku seni bagaimanapun tidak mendapat sokongan daripada bapanya sendiri, Ahmad Dahuri Mahmud, 61.

Namun, itu cerita empat tahun lalu, sewaktu Sasqia masih bergelar pelajar di Universiti Multimedia di Melaka. Kini, selepas melihat kekentalan semangat dan usahanya menempa nama dalam bidang lakonan, Sasqia diberi lampu hijau untuk meneruskan hasrat dalam lapangan seni.

Berkesempatan bertemu pelakon drama Lara Aishah itu pada majlis pelancaran koleksi tudungnya, Sadona by Sasqia di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini, pelakon filem Kongsi itu melahirkan rasa gembira kerana diberi kepercayaan oleh bapanya untuk menjadikan lakonan sebagai profesion utama.

Tutur Sasqia, selepas beberapa tahun, ayahnya secara perlahan-lahan memahami rentak dan kesungguhannya untuk mengukuhkan karier dalam bidang lakonan.

Selain itu, Sasqia turut berkongsi mengenai penglibatannya dalam dunia perniagaan dan menjawab pertanyaan khalayak mengenai dirinya yang tidak bertudung tetapi memilih produk tersebut untuk dipasarkan.

Apa khabar Sasqia? Sibuk dengan kerjaya?

Sasqia: Khabar baik, sihat. Agak sibuk juga memandangkan saya sedang menyudahkan penggambaran drama 50 episod berjudul Cinta Koko Coklat. Dalam masa sama, saya juga baru melancarkan koleksi tudung di bawah jenama Sadona by Sasqia.

Boleh ceritakan sedikit mengenai penglibatan anda sebagai seorang pengusaha tudung?

Saya memang berniat untuk berniaga tudung. Selepas beberapa tahun merancang dan mengkaji sasaran audiens, saya melancarkan koleksi tudung pertama yang mengetengahkan rekaan manik dari Sarawak. Saya juga berasa sangat bertuah kerana ayah banyak memberikan pandangan mengenai penglibatan saya dalam perniagaan.

Beberapa tahun lalu, ayah anda pernah menghalang niat anda untuk bergelar pelakon. Adakah anda menerima sokongan sepenuhnya untuk kali ini?

Ayah saya memberikan sokongan penuh apabila saya menyatakan hasrat untuk berniaga tudung. Benar, suatu ketika dahulu dia melarang saya untuk berlakon. Namun, selepas beberapa tahun, hatinya mula lembut dan merestui apa yang saya lakukan sekarang.

Apakah yang dilakukan sehingga ayah anda merestui kerjaya sebagai seorang pelakon?

Apa yang saya buat adalah membuktikan bidang lakonan juga sama seperti profesion lain. Ternyata, saya benar-benar serius untuk bergelar pelakon dan secara perlahan-lahan, dia boleh menerima.

Anda sering diberikan watak antagonis dalam drama. Adakah anda selesa dengan corak lakonan sebegitu?

Sejujurnya, saya tidak kisah diberikan sebarang watak. Jika ramai yang mengenali saya menerusi watak antagonis, itu membuktikan lakonan saya benar-benar meninggalkan kesan. Tambahan pula, siapalah saya untuk merungut. Saya bersyukur kerana bakat saya diyakini dan terus diberikan peluang dan rezeki.

Adakah anda bersedia menerima kritikan khalayak kerana tidak mengenakan tudung biarpun terlibat secara serius dalam perniagaan menjual hijab?

Saya sedar dengan situasi tersebut. Bagi saya, biarlah perniagaan ini menyuntik inspirasi bagi saya untuk mengenakan tudung. Insya-Allah, saya akan menutup aurat apabila benar-benar bersedia kelak

Baca lagi: Sasqia Kini Aktif Berlakon

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts