Saudi Aramco Dapatkan Pegangan Sebanyak 49% Pada Humain AI

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 02 Nov 2026 14:00:55

Saudi Aramco hari ini membuat pengumuman dimana mereka akan mengambil pegangan sebanyak 49% pada syarikat kecerdasan buatan berpusat di Arab Saudi, iaitu Humain. Baki 51% akan dipegang oleh PIF.

Langkah ini turut dijangka membantu HUMAIN dalam terus berkembang pesat, dan memperluaskan penawaran AI mereka secara global. Malah, ia juga akan membantu dalam membangunkan bukan sahaja model baharu lebih berkuasa, tetapi juga untuk pembangunan infrastruktur seperti kapasiti pusat data.

Pengambil-alihan pegangan saham ini oleh Aramco turut dilihat selari dengan posisi dan visi Arab Saudi, termasuk memudahkan integrasi ekosistem dan memperluaskan lagi penawaran mereka bersama.

Humain sebelum ini telah sedia menawarkan perkhidmatan mereka dengan penawaran dalam bahasa rab serta integrasi yang memahami budaya Islam, disamping menawarkan komputer riba yang dibangunkan bersama Qualcomm. Tidak setakat itu, Humain juga sedia melabur pada xAI sebelum ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts