by Oh! Semput
Arab Saudi melalui dana PIF sedia melakukan pelaburan dan pengambil-alihan sejumlah syarikat, terutamanya yang memfokuskan permainan video. Terbaru, ia dilaporkan PIF turut telah mengadakan perbincangan untuk mengambil-alih perisian pembangunan permainan popular, Unity.

Ia dikatakan perbincangan telah diadakan dalam beberapa minggu ini, menyatakan nilai pengambil-alihan sekitar $25 bilion. Buat masa ini, tiada sebarang keputusan akhir yang telah dilakukan. Semua pihak terlibat termasuk Unity tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini.
Arab Saudi sedia memfokuskan kepada permainan video dan esukan kebelakangan ini. Mereka turut telah mengambil-alih Electronic Arts melalui konsortium, disamping turut telah mengambil-alih Niantic yang popular dengan Pokemon Go sebelum ini.