Sebarkan Surat Palsu Untuk Timbulkan Kegusaran

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 10 Dec 2016 09:01:14

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO mendedahkan taktik pembangkang menyebarkan surat palsu yang kononnya dikeluarkan oleh pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya bertujuan menimbulkan kegusaran dalam hati ahli-ahli UMNO.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, taktik terbaru pembangkang untuk memecahbelahkan UMNO dari dalam itu dengan menimbulkan rasa was-was dalam kalangan ahlinya yang mungkin akan berfikiran Ahmad Zahid mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pembangkang berharap keraguan ahli UMNO disebabkan pengedaran surat itu boleh menjejaskan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Veteran UMNO menyeru kepimpinan dan ahli UMNO di seluruh negara supaya tidak mempercayai dan menolak surat palsu dan fitnah dajal itu.

“Veteran percaya surat fitnah itu direka pembangkang yang terdesak untuk menjatuhkan Najib. Strategi mereka cuba memecahbelahkan UMNO dari dalam setelah mereka gagal untuk memecahbelahkan UMNO dari luar. Perbuatan bacul dan terkutuk ini semata-mata kerana mahu menjatuhkan Najib dan menghancurkan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustapha berkata, surat palsu itu mungkin direka oleh pembangkang selepas mereka berasa bimbang melihat kesatuan yang ditonjolkan oleh pemimpin dan ahli UMNO serta ikrar wala’ yang dilafazkan oleh Ahmad Zahid kepada Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016 baru-baru ini.

Kata beliau, pereka surat palsu berkenaan mungkin tidak mengetahui tentang sejarah hubungan Ahmad Zahid dengan Najib kerana wala’ Ahmad Zahid kepada Najib sehingga tergamak membuat fitnah tersebut.

Jelsa beliau, wala’ Ahmad Zahid kepada Najib bermula semasa Ahmad Zahid menjadi ketua Pemuda UMNO Bagan Datoh dan Najib menjadi ketua Pemuda UMNO lagi.

“Wala’ itu terikat rapi apabila Ahmad Zahid menjadi Setiausaha Politik Najib semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan. Ahmad Zahid tidak mungkin menjadi pengkhianat kepada Najib yang menjadi bos beliau sekian lama.

“Ahmad Zahid bukan seorang yang gelojoh dan tamak. Beliau bukan jenis manusia yang tidak tahu berterima kasih. Hanya orang yang tidak mengenali Ahmad Zahid dan tahu sejarah wala’ beliau kepada Najib akan membuat fitnah itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts