PMX AI Sedang Dalam Penambahbaikan – PM Anwar

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 28 Jul 2026 11:00:23

Inisiatif avatar berasaskan kecerdasan buatan (AI) di platform WhatsApp Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai PMX AI, kini sedang melalui proses penambahbaikan.

“Kami masih mengusahakannya. Saya cuma (baru) mencubanya,” kata Anwar ketika ditemui media selepas pelancaran AI Malaysia, lapor Bernama.

Terdahulu, PMX AI mula diperkenalkan kepada orang ramai pada 18 Julai lalu sebagai saluran interaksi digital yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan “kembar digital” Anwar Ibrahim menerusi WhatsApp.

Menerusi platform itu, orang ramai boleh berkongsi pandangan, kebimbangan dan aspirasi melalui perbualan yang dijana AI, dengan sokongan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau beberapa dialek tempatan.

Bagaimanapun, hanya beberapa hari selepas pelancarannya, akses PMX AI telah dihentikan sementara bagi membolehkan sistem itu menjalani proses naik taraf. Sehingga kini, perkhidmatan tersebut masih belum boleh diakses oleh orang ramai.

{suggest}

PMX AI Sedang Dalam Penambahbaikan – PM Anwar WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts