Siap Sedia Serangan Balas Abu Sayyaf

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 17 Dec 2016 11:00:32


Nur Jazlan

Pihak berkuasa dalam keadaan bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan serangan balas kumpulan Abu Sayyaf susulan pembunuhan ketuanya dalam satu cubaan menculik nelayan di Semporna minggu lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata polis tidak menolak sebarang serangan balas daripada kumpulan tersebut susulan kematian salah seorang pemimpinnya.

“Jika mereka mahu balas dendam, polis sudah dalam keadaan siap sedia,” katanya selepas melawat rumah kebajikan Kuan Yin di Taman Bukit Kempas pada Sabtu.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Sabah berjaya menggagalkan cubaan culik di Semporna.

Pihak berkuasa Filipina mengesahkan pemimpin Abu Sayyaf antara tiga warga Filipina yang maut.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts