3 Sekeluarga Lemas Ketika Berkelah Di Ranau

by Oh! Semput


7
SHARES
94
VIEWS
Posted on 30 Dec 2016 14:01:05

KOTA KINABALU – Tiga beranak ditemukan lemas ketika sedang berkelah di kawasan air terjun Kampung Tempios, Sungai Nunuk Ragang, di Ranau.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata tiga mangsa adalah Josep Jami, 44, dan dua anak perempuannya iaitu Esmerelbe Gene Josep, 20, dan Eheishia Gene Josep, 8.

Mayat kesemua mangsa ditemukan orang awam di tempat kejadian.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada 1.02 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian yang terletak 52 kilometer dari balai pada 3.05 petang.

“Operasi tamat pada 4.15 petang,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts