Sekitar Majlis Aqiqah Anak Kedua Erin Malek, Aisha

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 14 May 2017 05:00:05

Selesai sudah majlis aqiqah dan juga cukur jambul yang diadakan buat anak kedua Erin Malek dan juga suami iaitu Nor Aisha. Terhias dengan tema floral dan juga busana warna ungu yang digayakan pasangan ini ternyata membuatkan majlis tambah berseri seri.

BACA: Erin Malek, Suami Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Pasangan ini telah selamat menimang Nur Aisha pada 10 Februari (2017) lalu. Perkongsian Erin di Instagram pada ketika itu juga turut mendapat perhatian peminatnya dan juga warga laman sosial yang lain.

Kekal dengan sikap low profile, pastinya peminat sentiasa ternantikan perkembangan terbaru dari pasangan ini. Apa pun, pastinya kehadiran cahaya mata kedua ini bakal memeriahkan suasana sambutan hari raya yang bakal disambut tidak lama lagi.

Kami kongsikan kepada anda beberapa keping gambar menarik sepanjang majlis berlangsung. Enjoice!

Gambar Ihsan: Kaki Foto

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts