Sekolah Dalam Taman

by Oh! Semput

12
SHARES
154
VIEWS
Posted on 27 Nov 2016 04:01:01

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Sayap di Kota Belud mencetuskan kecemerlangan tersendiri dengan memperkenalkan Taman Eko Pelancongan untuk menjana pendapatan.

Taman Eko Pelancongan itu terdiri daripada enam buah pondok pendidikan termasuk sebuah “pondok terbalik” bercirikan rumah tradisi masyarakat Kadazandusun.

Ia merupakan ilham Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai antara usaha menjana pendapatan untuk tabung PIBG selain menggalakkan persekitaran pembelajaran dan pengajaran di sekolah yang informatif, inovatif dan kreatif.

Taman tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah & Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Ewon Benedick selepas beliau merasmikan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SK Sayap pada Rabu.

“Saya fikir usaha ini wajar disokong kerana PIBG SK Sayap dapat memikirkan bagaimana boleh menjana sumber kewangan tambahan selain daripada yuran keahlian bagi membantu membiayai program-program kecemerlangan sekolah.

“Seharusnya ini menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain untuk menjadikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan yang berupaya menjana sumber dana sendiri,” katanya.

Ewon berkata, usaha PIBG tersebut menjadi satu lagi tarikan tambahan kepada Kg Sayap yang sudah dikenali sebagai antara pusat aktiviti pelancong berasaskan hutan gunung, sungai dan keindahan semulajadi di daerah Kota Belud.

Sebagai tanda sokongan kepada pihak sekolah, Ewon yang juga Ketua Bahagian UPKO Kota Belud menyerahkan sumbangan daripada UPKO Kota Belud sebanyak RM2,000 kepada taman eko pelancongan selain sumbangan bahan-bahan bacaan untuk diletakkan di pondok-pondok tersebut.

“Ini adalah komitmen kami sebagai tanda sokongan kepada usaha-usaha komuniti yang sangat berkualiti seperti ini. Saya mengucapkan tahniah kepada warga sekolah yang dipimpin oleh Guru Besar, Puan Suzana Simbeh, Pengerusi PIBG, Joel Yangkat dan guru penyelaras LINUS yang juga penyelaras projek taman tersebut, Boniface Jiran serta komuniti kampung atas kejayaan pelancaran taman ini,” katanya.

Taman eko pelancongan yang dibina melalui gotong-royong kini dibuka untuk pengunjung dengan kadar yuran masuk sebanyak RM1. Kampung ini juga terletak berhampiran dengan Kg Talungan yang terkenal dengan eko pelancongan sungai.

SK Sayap terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Kota Belud dan bersempadan dengan kawasan Taman-Taman Sabah di kaki gunung Kinabalu.

Taman eko pelancongan yang dibina melalui gotong-royong kini dibuka untuk pengunjung dengan kadar yuran masuk sebanyak RM1. Kampung ini juga terletak berhampiran dengan Kg Talungan yang terkenal dengan eko pelancongan sungai.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News

Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts