IJN: Hadi selamat jalani pembedahan, kini dalam rawatan rapi. Alhamdulillah

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 16 May 2017 14:00:59

 | May 16, 2017
48 jam seterusnya adalah paling penting dan Hadi akan diletakkan di bawah pemantauan rapi oleh pasukan doktor dan jururawat, kata IJN.
UPDATED
hadi-ijn
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat menjalani pembedahan penggantian injap (valve replacement) di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
IJN dalam kenyataan berkata, presiden PAS itu kini dalam unit rawatan rapi (ICU) selama beberapa hari untuk pemantauan rutin pembedahan jantung.

“48 jam akan datang adalah tempoh paling penting dalam penjagaan selepas pembedahan, dan beliau akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan jururawat di ICU,” kata IJN.

Kata IJN lagi, Abdul Hadi setakat ini dinasihatkan agar tidak menerima pelawat kecuali keluarga terdekat.
Semalam, Hadi dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital di sini dan akan menjalani rawatan intensif mulai hari ini.

Hadi dimasukkan ke Institut Jantung Negara sebanyak 2 kali pada tahun lalu, iaitu pada Januari untuk rawatan rutin dan Oktober untuk rawatan susulan.
Menurut IJN lagi, pihak doktor menasihati pembedahan tersebut diadakan memandangkan terdapat kebocoran pada injap jantung beliau, menyebabkan kegiatan hariannya terjejas.

Katanya, pembedahan berjalan selama 3 jam bermula pagi tadi oleh panel doktor diketuai Perunding Kanan Pembedahan Kardiotorasik dan juga Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub, Ketua Pembedahan Kardiotorasik Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon dan Timbalan Ketua Jabatan Anestesiologi Datuk Dr Suhaini Kadiman.

“Doktor gembira prosedur berlangsung seperti yang diharapkan dan parameter penting beliau (Abdul Hadi) setakat ini stabil,” kata IJN lagi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts