by Oh! Semput
Selebriti Korea terkenal dengan memiliki wajah yang cantik dan kulit yang licin, putih bak porselin.

Rahsianya terletak pada cara mencuci wajah. Jom lihat bagaimana cara selebriti Korea mencuci wajah mereka.
1. Suzy
Ramai yang mengakui pelakon dan penyanyi ini memiliki kulit wajah yang cantik. Suzy mengamalkan cara mencuci muka dengan teknik 4-2-4 dalam penjagaan wajahnya setiap hari.
Cara Suzy
– Gunakan cleansing oil untuk memcuci solekan pada wajah. Sapu seluruh wajah selama empat minit sehingga kotoran dibersihkan.
-Bilas dengan air, kemudian gunakan pencuci jenis buih (foam) untuk membersihkan wajah. Lakukan proses ini selama dua minit.
-Akhir sekali, bilas wajah dengan air suam dan diikuti dengan air sejuk selama empat minit. Biarkan wajah kering dengan sendirinya tanpa menggunakan tuala.
2. Soyu
Anggota kumpulan Sistar ini sangat mengambil berat tentang penjagaan penampilannya terutama sekali dalam hal kecantikan wajah. Soyu mengamalkan mencuci muka dengan air rendaman teh hijau setiap hari.
Cara Soyu
– Pastikan anda mencuci tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh muka. Kemudian bersihkan solekan dengan cleasing oil.
– Bilas dengan air rendaman teh hijau, kemudian bersihkan wajah dengan berus elektronik pencuci wajah dengan gerakan memutar.
– Sekali lagi bilas wajah dengan air rendaman teh kemudian keringkan wajah dengan tuala khas untuk wajah. Tetapi jangan sampai seluruh wajah kering biarkan wajah lembap sedikit.
3. Kim Gyu Ri
Pelakon yang terkenal melalui filem “portrait of A Beauty” ini memiliki cara yang tersendiri untuk mencuci wajahnya. Kim Gyu Ri tidak menggunakan sabun pembersih wajah tetapi dia menggunakan makgeolli atau soju beras untuk membersihkan mukanya.
Cara Kim Gyu Ri
– Bilas wajah terlebih dahulu dengan air bersih.
– Tuang makgeolli atau soju pada mangkuk. Kemudian celupkan jari tangan dalam mangkuk yang berisi makgeolli atau soju. Tepuk secara pelahan pada seluruh muka sehingga rata.
-Tunggu beberapa saat, kemudia bilas wajah dengan air bersih.
4. Son Ye Jin
Solekan akan lebih senang untuk dicuci sekiranya pori-pori wajah dibuka dengan wap air panas. Pelakon Son Ye Jin mengamalkan cara wap air panas (steam wajah) dalam proses menanggalkan solekan dan mencuci wajah.
Cara Son Ye Jin
– Bersihkan wajah dari solekan dengan pencuci wajah yang anda selalu guna.
– Buat steam towel dengan mencelupkan tuala dalam air panas. akkan tuala pada wajah (pastikan tuala tidak terlalu panas bagi mengelakkan wajah melecur). Kemudian urut pada bahagian dahi, tulang pipi dan kening bagi melancarkan peredaran saluran darah.
– Hiris beberapa keping lemon dan rendam dalam air sejuk selama 10 minit. Akhir sekali bilas wajah dengan air lemon yang sejuk.