10 Selebriti Wanita Paling Berpengaruh di Malaysia

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 03 May 2017 09:00:48

selebriti wanita
Cover image via @neelofa

Bila dah bergelar selebriti wanita, pasti tidak akan terlepas dengan gosip tak kisah la sama ada tentang sesuatu yang baik atau pun yang buruk.

Tetapi gosip atau publisiti tu la yang buatkan nama selebriti tersebut semakin dikenali dan berpengaruh.

Kami senaraikan 10 selebriti wanita paling berpengaruh di Malaysia.

fazura

Setiap tahun nama Fazura sentiasa akan terpalit dengan gosip dan kontroversi. Tahun lalu vokal nyanyiannya dipertikai dan ada yang mengatakan Fazura lebih layak berlakon dari menyanyi.

king coco

Gara-gara video viralnya dengan slang Omputih, gadis muda ini tersenarai antara yang paling berpengaruh di Malaysia. Sehingga kini namanya antara carian tertinggi di Google Malaysia.

scha al yahya

Pelakon dan pengacara ini sering dilihat sebagai fesyen ikon wanita Malaysia. Ramai menjadikan Scha sebagai idola kerana dianggap memiliki kehidupan sempurna bersama suami dan anaknya yang comel.

lisa

Pelakon cantik ini sentiasa dihormati kerana sikap rendah dirinya dan sentiasa menjadi diri sendiri. Walaupun kurang aktif dalam bidang lakonan, media sering memburunya untuk mengetahui perkembangan terkini tentang dirinya.

Tunku_Aminah_Maimunah_Iskandariah

Digelar sebagai ‘Real Princess’ Tunku Aminah diibaratkan sebagai puteri raja. Bukan saja pandai bergaya, Tunku Aminah sukakan aktiviti lasak dan cintakan haiwan.

yuna

Membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa, Yuna terus melangkah jauh ke persada dunia. Walaupun pencapaiannya tidak sehebat Datuk Siti, namun dia membuktikan dia mampu menjadi bintang dunia.

ctdk

Tiada siapa yang dapat merampas gelaran sebagai penyanyi nombor satu negara. Seorang usahawan dan penyanyi hebat ternyata cukup berpengaruh. Nama siti sendiri boleh dikatakan sebuah jenama mewah yang mampu melariskan apa saja produk.

ayda jebat

Sebut je nama Ayda Jebat pasti ramai peminat setianya akan menjerit-jerit memanggil namanya. Ayda Jebar juga antara selebriti wanita yang mempunyai ramai pengikut di laman sosial. Jika ada anugerah berdasarkan populariti dan undian, memang Ayda Jebat yang akan menang.

vivy yusof

Nama Vivy bukan saja dikenali di Malaysia malah di Asia. Vivy juga merupakan individu pertama yang mengkomersialkan E-Commerce ataupun portal fesyen dalam talian. Namanya juga diibaratkan sebagai sebuah jenama setanding portal fesyennya Fashion Valet.

neelofa

Digelar usahawan dan jutawan muda, nama Neelofa sentiasa menjadi sebutan. Jenama Naelofar Hijab mengangkat Neelofa sebagai ikon fesyen berhijab Malaysia. Lebih membanggakan jenama tudungnya menjadi rebutan sehingga ke luar negara.

Baca lagi: 5 Wajah Seiras Selebriti Popular Malaysia

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts