Selepas Setahun Berehat, Fizz Fairuz Akui Lakonan Kaku

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 28 Apr 2017 08:00:40

fizz fairuz
Cover image via Astro Gempak

Pelakon Fizz Fairuz akui lakonannya menjadi kaku apabila memasuki set penggambaran setelah mengambil masa setahun untuk berehat dari dunia lakonan.

Fizz atau Mohd Fairuz Zainil Abidin, 38, berkata, dia mengalami masalah untuk menghayati watak dan perlukan masa yang lama untuk kembali fokus.

“Saya rasa gementar apabila kembali memasuki set penggambaran semula sehingga ada pengarah yang menegur cara lakonan saya ketika membawa sesuatu watak yang diberikan.

“Sudah setahun saya tidak berlakon, jadi itu menjadi punca saya tidak dapat menghayati watak yang diberikan dengan betul sampai merasakan lakonan saya seperti kayu.

“Dalam hal ini, saya perlu ambil masa untuk kembalikan perasaan tersebut serta harus memberi motivasi pada diri untuk menjayakan watak yang diberikan.

“Saya juga mungkin akan memasuki kelas lakonan untuk memperbaiki mutu lakonan pada masa akan datang supaya tidak menjadi keras seperti sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.

Fizz berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya bertajuk Hospital, di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Fizz, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk filem Munafik 2 dan sebuah drama untuk slot Akasia.

Baca lagi: Fizz Fairuz, Almy Nadia Selamat Timang Anak Kedua

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts