Api Semakin Marak Di Hutan Simpan Menchali, Status Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Terkini Di Rompin Merosot Ke Tahap Bahaya

by Oh! Semput


8
SHARES
100
VIEWS
Posted on 31 Mar 2026 16:31:57

ROMPIN: Kebakaran di Kompartmen 11 Hutan Simpan Menchali di sini petang semalam didakwa menyebabkan status bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah ini dilaporkan merosot ke tahap berbahaya.

Pegawai Hutan Daerah Rompin, Firdaus Zulnaim Johari berkata pihaknya telah ke lokasi bagi menilai situasi serta membantu pihak berkuasa melaksanakan operasi pemadaman.

“Keadaan cuaca panas dan kering ketika ini meningkatkan risiko kebakaran hutan serta memberi kesan langsung kepada kualiti udara.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan jerebu dan menjejaskan kesihatan awam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu melibatkan kawasan berhampiran Jalan Leban Chondong-Lanjut, termasuk petak Program Penanaman 100 Juta Pokok serta kawasan tanaman Pahang Pride Kids.

Menurut Firdaus, usaha pemadaman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dijalankan secara berterusan dengan dibantu Pejabat Hutan Daerah Rompin sehingga api berjaya dikawal, namun pemantauan rapi masih diteruskan bagi mengelakkan kemungkinan kebakaran berulang.#MalaysiaAktif

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts