Semangat Pendekar Cipta Sejarah di Bali

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 09 Dec 2016 02:00:48

Al Jufferi

BALI, Indonesia :  Skuad silat negara melakar sejarah tersendiri apabila jaguh dan srikandi silat negara, Al Jufferi Jamari serta Siti Rahmah Nasir menepati ramalan untuk muncul pesilat pertama dunia merangkul gelaran hatrik dalan Kejohanan Pencak Silat Dunia 2016 di sini semalam.

Sejarah tercipta setelah meraih kemenangan di pentas akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2016 di Arena Gor Lila Bhuana Denpasar, Bali.

Dalam saingan yang disertai 40 buah negara, kedua-dua pesilat negara itu yang meraih kemenangan pada 2012 dan 2015 ternyata tidak berdepan sebarang masalah untuk menundukkan lawan masing-masing.

Olahragawan Kebangsaan 2015 itu menumbangkan pesilat Thailand, Kuibrohem Kumaha 5-0, manakala Siti Rahmah pula mengetepikan cabaran Nguyen Thi Yen dari Vietnam 5-0 dalam kelas Putra dan Putri E.

“Cabaran saya masih belum tamat dan sanggup berkorban demi negara pada Sukan SEA di Malaysia nanti,” ujar Al Jufferi.

Siti Rahmah pula tampil dalam nada berbeza dengan meluahkan hasrat untuk bersara daripada pentas antarabangsa.

“Usia sudah mencecah 29 tahun dan ini adalah medan terakhir saya pada pentas Kejuaraan Dunia serta Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,” ujarnya.

Malaysia turut meraih emas ketiga menerusi Razak Ghazali yang menumpaskan pesilat tuan rumah, Iqbal Chandra Pratama 3-2 bagi kelas Putra D.

Sementara itu, Juara Kejohanan Pencak Silat Dunia 2016, Muhammad Al Jufferi Jamari, mahu menunaikan janji mengerjakan umrah bersama ibu tercinta sebagai hadiah kejuaraan hatriknya dalam kejohanan itu.

Bagi Al Jufferi, ia tetap menjadi Kejohanan Dunia yang paling indah dalam kerjayanya meskipun skuad negara berdepan isu penganjuran yang tidak teratur oleh tuan rumah.

“Hadiah kemenangan ini adalah untuk janji saya kepada ibu. Cukup, saya dapat kejayaan Sukan Sea tiga kali, Kejohanan Dunia tiga kali, Insya-Allah, saya akan pergi umrah dengan ibu,” katanya.

Enggan terus diulit dengan pencapaian di pentas dunia, Jufferi menyifatkan tiada rehat untuknya selepas ini kerana perlu fokus kepada Sukan Sea Kuala Lumpur, Ogos tahun depan.

Paling utama adalah misi untuk merangkul emas keempat berturut turut dalam temasya dwi-tahunan itu di laman sendiri.

“Untuk Sukan Sea, saya akan buat persediaan dan akan bermain bermati-matian kerana kita adalah tuan rumah. Jadi, persediaan saya perlu kukuh dan kemas supaya saya tidak dapat dikalahkan.” tambahnya.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts