Sempena Bulan Ramadhan Masjid Negeri Pahang Akan Melaungkan Azan 2 Kali Pada Waktu Subuh

by Oh! Semput


31
SHARES
398
VIEWS
Posted on 26 May 2017 05:00:18

Sempena Bulan Ramadhan Masjid Negeri Pahang Akan Melaungkan Azan 2 Kali Pada Waktu Subuh

4287425193_71bebe7bc9_b.jpg


KUANTAN – Semua masjid dan surah di Pahang akan melaungkan azan sebanyak dua kali pada waktu subuh – setengah jam sebelum masuk waktu dan disusuli dengan azan bagi menandakan masuknya waktu subuh.

Menurut Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman, perkara itu sudah mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini.

“Setelah berunding dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang, ia bersetuju supaya dilaksanakan azan dua kali itu.

Chat Conversation End Type a message…

“Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) juga telah mengeluarkan surat mengenai pelaksanaan itu untuk diedarkan ke masjid dan surau di seluruh negeri ini, ” kata beliau sebagaimana lapor Bernama.

Azan pertama hendaklah dilaungkan setengah jam sebelum masuk waktu Subuh disusuli dengan laungan kedua pada waktu Subuh seperti yang ditetapkan.

Selain menghidupkan semula sunnah Rasulullah, ia juga membantu mengejutkan umat Islam dari tidur bagi membuat persediaan bersahur.

Chat Conversation End Type a message…

“Perkara ini juga dilaksanakan di negara-negara Arab,” katanya lagi.

Sementara itu, surat arahan mengenai perkara itu telah dimuat naik di media sosial.

pahang.jpg

Chat Conversation End Type a message…

: penmerahpress

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts